Friday, October 1, 2010

Kejutan di hari lahirku yang ke 23




Pada 21 September 2010 yang lalu..
selepas pulang dari mengajar dan tiba ke rumah, Abang Cik menunggu di atas rumah untuk mengambil barang yang dia simpan di peti sejuk. Aku sambil memegang seplastik sayur berdiri menunggu Khaleeda membuka pintu.Sambil begitu sempat Abang Cik bertanya, nak masak ke?.Kalau nak masak kami tunggu dulu la. Dengan sepontan aku menjawab, "tak lah". Apabila pintu dibuka Khaleeda dan Aishah serentak berkata, surprise!!!..terkejut juga hati ini..dah tua kut, malu sebenarnya ada orang surprisekan besday party. ( malu tapi mahu..hehe:)

Rasanya dalang terbesar disebalik semua ini, Aishah dan Abang cik la. Turut membantu Khaleeda, Matin dan Jiran sebelah rumah, K.Azma dan Ust. Nizam..Nisreen pun bersekongkol.
Tak tahu nak kata Apa, dan memang tak terkata lagi...mungkin hanya sekadar mampu ku coretkan sedikit penghargaan buat adik-adikku, teman seperjuangan di Sudan ini...Arigatooo!!!
Terima kasih banyak-banyak membahagiakan akak..aceh-aceh sayu la pulak..

Banyak juga dapat present malam ni, Ferrero Rocher, Gaun, Beg Tangan (Thank U adik di Mesir), Gelang-gelangan, kitab dan coretan ikhlas dari anak-anak murid jannatul Khuldi..
terima kasih ye semua atas ingatan ikhlas kalian...

Malu-malu tapi mahu..:)


Chicken Chop

Sunday, September 12, 2010

hidangan raya

bihun sup, ketupat,lemang, kek batik n kek coklat

Nasi Ayam n Laksa


Beraya di perantauan ini, semua makanan rasa teringin.Kita teringin ini, orang lain teringin itu. Nak bagi semua hajat orang tercapai jadi Taqwa Sakeenah hidangkan pelbagai juadah untuk santapan di hari raya .
Alhamdulillah dari pagi sampai malam tak putus-putus orang berkunjung ke rumah...;)
Terima kasih pada yang hadir...