Wednesday, December 23, 2009

tomyam ayam

(gambar hiasan)

resepi tomyam


bahan-bahannya:
ayam @daging @udang (mengikut citarasa anda)
kobis
karot 2 batang
tomato 3 biji
bunga kobis
cili burung (mengikut selera)
tomato pure
serai 2 batang
daun limau perut
lengkuas ( besar ibu jari
bawang putih 3 ulas
bawang besar 3 labu kecil
limau nipis 1 biji

cara-caranya :
rebus ayam terlebih dahulu sehingga agak masak, masukkan karot, bawang putih yang telah dihiris nipis, dan lengkuas, kemudian letakkan sedikit tomato pure untuk mendapatkan rasa masam dan warna yang menarik, letakkan serai, kobis, bunga kobis, dan cili burung. titiskan limau nipis ke dalam tomyam. kemudian bila tomyam hampir masak letakkan bawang besar dan tomato serta sedikit garam tunggu sehingga mendidih..

cheese kek terkezot


cheese kek

rasa macam kek ni dah jadi favourate saya la pulak..memang pun!!!

ok malas nak cerita panjang jom ke resepi terus...


bahan-bahannnya :

250 gm krim keju Philidephia

70 gm butter

120 gm whippeng

120 gm gula halus

50 gm tepung jagung

30 gm tepung gandum

1 s/teh esen vanilla

4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]

2 s/b blueberry filling


Topping

Filling blueberry


Cara


1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...

2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]

3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.

4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.

5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.

6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.

7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.

8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.

9. masukkan dalam loyang

10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit


lopes di squera


lopes

dah sms mak banyak kali minta resepi lopes ni..tapi rasanya mak tak dapat ppun sms tu sebab sekarang ni time cuti sekolah mesti hp mak kat tangan adik-adik je..
jadi saya mulalah pergi berjalan-jalan di alam maya ini, mencari resepi yang termudah untuk menghasilkan lopes kegemaran p.lang ni...
akhirnya selepas first time saya mencuba...alhamdulillah i'm got it. !!!!
dah jadi lopes ni...syukur sangat-sangat, bahagia lagi...:)

bahan-bahannya :
beras pulut 4 cawan
santan pekat 5 sudu
garam secubit
kelapa parut
gula perang
air

cara-caranya :
rendam beras pulut bersama sedikit pewarna atau air daun pandan selama lebih kurang 4 jam, kemudian kukus selama 15 minit, setelah itu keluarkan sebentar dan gaulkan bersama santan pekat yang telah bercampur garam, seterusnya kembali mengukus selama 10 minit..setelah itu keluarkan lagi..dan gulungkan ia di dalam aluminium paper..dan kukus lagi selama lebih kurang 7 minit..tunggu sehingga sejuk dan potong dengan benang untuk mendapatkan bulatan yang cantik.
untuk pencicahnya hanya perlu masak gula perang dengan air sehingga agak pekat.
seterusnya hidangkan...
sedapnya!!!
selamat mencuba