Wednesday, December 23, 2009

lopes di squera


lopes

dah sms mak banyak kali minta resepi lopes ni..tapi rasanya mak tak dapat ppun sms tu sebab sekarang ni time cuti sekolah mesti hp mak kat tangan adik-adik je..
jadi saya mulalah pergi berjalan-jalan di alam maya ini, mencari resepi yang termudah untuk menghasilkan lopes kegemaran p.lang ni...
akhirnya selepas first time saya mencuba...alhamdulillah i'm got it. !!!!
dah jadi lopes ni...syukur sangat-sangat, bahagia lagi...:)

bahan-bahannya :
beras pulut 4 cawan
santan pekat 5 sudu
garam secubit
kelapa parut
gula perang
air

cara-caranya :
rendam beras pulut bersama sedikit pewarna atau air daun pandan selama lebih kurang 4 jam, kemudian kukus selama 15 minit, setelah itu keluarkan sebentar dan gaulkan bersama santan pekat yang telah bercampur garam, seterusnya kembali mengukus selama 10 minit..setelah itu keluarkan lagi..dan gulungkan ia di dalam aluminium paper..dan kukus lagi selama lebih kurang 7 minit..tunggu sehingga sejuk dan potong dengan benang untuk mendapatkan bulatan yang cantik.
untuk pencicahnya hanya perlu masak gula perang dengan air sehingga agak pekat.
seterusnya hidangkan...
sedapnya!!!
selamat mencuba

2 comments:

  1. pulut ada bnyk.. kami bg pulut, pastu buat kan untuk kami semuanya... ok???

    ReplyDelete
  2. kena amik resepi mak juga tak cukup umph...

    ReplyDelete