Wednesday, August 26, 2009

kek kesukaan ramai

kek batik memang menjadi kesukaan ramai, kerana ia mengandungi banyak coklat dan mudah dibuat. Waktu mula-mula dapat resepi ini, balik rumah saya pun nak praktik la ilmu yang baru dapat,tapi nak tau apa Mak saya kata : la macam nak main masak-masak je, orang yang tak pandai masak pun boleh buat benda ni...memang pun, senang sangat tak payah gaduh nak bakar-bakar. Campur-campur semua, dah jadi. Tapi tetap ada orang tak boleh buat juga. So, saya kongsi la resepinya di sini....

  • Biskut Marie 1 paket
  • susu pekat 3/4 tin
  • planta 200 gram
  • koko 1/3 cawan
  • milo 1/2 cawan
  • sedikit perisa oren

Caranya : Masak planta di atas api dengan api yang perlahan dan masukkan ke semua bahan di atas satu demi satu sehinggal sebati.Kemudian lenyekkan adunan tersebut ke dalam bekas sehingga mampat dan rata.Setelah agak sejuk, simpan kek tersebut ke dalam peti sejuk..

Senangkan?

No comments:

Post a Comment