Saturday, August 29, 2009

ikan bawal sweet sour



sweet sour makan kegemaran kanak-kanak, sebab masakan ini tak pedas dan memang sesuai untuk mereka. Boleh juga dihidangkan untuk yang dah melebihi usia kanak-kanak.

Resepi :
  • seekor ikan bawal
  • sos tomato
  • sos cili
  • bawang putih 3 ulas
  • bawang besar 1 labu
  • sedikit tepung jagung
  • gula dan garam secukup rasa
  • daun sup dan daun bawang
  • minyak 3 sudu besar
  • air
cara-caranya :
tumis bawang putih, kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sedikit air, gula dan garam,
masukkan sedikit tepung jagung yang telah digaul dengan air, selepas kuah likat
masukkan ikan dan bawang besar yang telah dihiris halus.
Akhir sekali hias dengan daun bawang dan daun sup.
siap...dan sedia untuk dihidang...

Wednesday, August 26, 2009

kek kesukaan ramai

kek batik memang menjadi kesukaan ramai, kerana ia mengandungi banyak coklat dan mudah dibuat. Waktu mula-mula dapat resepi ini, balik rumah saya pun nak praktik la ilmu yang baru dapat,tapi nak tau apa Mak saya kata : la macam nak main masak-masak je, orang yang tak pandai masak pun boleh buat benda ni...memang pun, senang sangat tak payah gaduh nak bakar-bakar. Campur-campur semua, dah jadi. Tapi tetap ada orang tak boleh buat juga. So, saya kongsi la resepinya di sini....

  • Biskut Marie 1 paket
  • susu pekat 3/4 tin
  • planta 200 gram
  • koko 1/3 cawan
  • milo 1/2 cawan
  • sedikit perisa oren

Caranya : Masak planta di atas api dengan api yang perlahan dan masukkan ke semua bahan di atas satu demi satu sehinggal sebati.Kemudian lenyekkan adunan tersebut ke dalam bekas sehingga mampat dan rata.Setelah agak sejuk, simpan kek tersebut ke dalam peti sejuk..

Senangkan?

dunkin donat



saya ambil resepi donat ini dari puan misliyah...
  • tepung 3 mug
  • gula 2 sudu
  • garam 1 camca teh
  • yis 1 sudu besar
  • baking powder 1 camca teh
  • ovelet 1 camca teh
  • susu tepung 2 sudu besar
  • air 1 1/2 mug
  • coklat masakan 200 gram
  • manik untuk hiasan


3 langkah yang mudah sahaja ditunjukkan.

Selamat mencuba.
Tapi kalau sekali cuba tak jadi jangan give up, cuba lagi sampai betul-betul jadi.
kadang-kadang donat ini, nak mengembang ikut cuaca juga.kalau cuaca panas lagi cepat ia kembang. kalau sejuk kena tahan lama sikit la bagi betul-betul mengembang.

Tuesday, August 25, 2009

ikan bakar cicah air asam

tiba-tiba teringin nak makan ikan bakar, tempat nak bakar ikan tak de. jadi gunalah dapur ittihad ni berpalangkan jaring oven kami....Ditakdirkan angin kuat pulak waktu ni...jadi itulah sebab berkepung sakan dengan tikar-tikar tu...bila nak semua jadi...

resepinya..tak susah...:
  • ikan siap basuh
  • garam secukup rasa
  • kunyit bagi cantik warna
kalau nak sedap makan dengan aair asam la...resepi kami :
  • tomato
  • bawang besar
  • belacan
  • gula
  • garam
  • cabai melaka
selamat mencuba hidangan serba mudah...

Sunday, August 23, 2009

dadih segar


Dadih pelbagai warna mengikut citarasa yang diinginkan. Aku dapat the resepi dari my cikgu di sek men dulu..







bahan-bahan nya seperti berikut :

1. air putih 3 kg 250 gram
2. susu tepung 280 gram
3.gula 550 gram
4. esen vanila 1 camca teh
5. agar-agar 15 gram
6. pewarna dan perisa mengikut
citarasa pembuat
7. susu cair 3/4 tin

sejarah dengan dadih ini...lepas aku dapat the method aku terus berlatih buat sampai aku confident untuk jual dadih yang aku buat dari air tangan aku ni.Perkara pertama aku buat aku mencari parking yang sesuai untuk park dadih-daidh ini..lastly aku jumpa tempat yang sesuai kat simpang jalan. lepas dapat persetujuan dengan tuan punya beca, maka pada keesokkan harinya aku mula park kan aku punya dadih-dadih kat dia....alhamdulillah aku enjoy dengan apa yang aku usahakan, tapi semua ni tak lama, bukan sebab tak laku, tapi sebab sebelum sempat aku park kan dadih-dadih aku kat pak cik tu..adik-adik tercinta lebih awal park kan dadih-dadih ni ke perut mereka....mana mampu nak corver, modalnya mahal...so, atas sebab musabab yang munasabah aku pun berhenti berniaga.
Ilmu yang aku dapat aku pas kan ke mak ndak aku, jadi mak ndak buat dan pak ndak yang akan bawa untuk dijualkan di m,ana-mana tempat yang sesuai...selalunya di depan pintu pagar sekolah la.alhamdulillah ilmu yang aku perolehi mengalir juga.
waktu awal-awal sampai ke tanah gersang sudan ini...ada gak cadangan nak berniaga dadih...tapi memandangkan kos permodalan yang agak besar...aku simpan saja la my angan-angan tu..jadi sekarang ni..dadih dah menjadi makanan rutin kami di taqwa sakeenah...kalau ada agar-agar maka adalah dadih. sesuai pun ha dengan cuaca di sini yang sentiasa kekal dengan suhu kepanasan yang menyengat kulit...

so...selamat mencuba dadih resepi cikgu syarifah.....

sehari sebelum ramadhan

sehari sebelum ramadhan kami berjalan-jalan ke pasar mayu, antara agenda ke sana adalah untuk membeli merpati buat santapan tengah hari. Merpati-merpati ini tak disangkarkan seperti yang lain-lainnya,rasanya yang kami nak beli ini jinak-jinak kut.Merpati dijual sepasang dengan harga 6 sdg sahaja,agak murah la.kami beli 2 pasang, maksudnya 4 ekor la. Semua berharga 13 sdg tambah upah sembelih dan pembersihan.








3 ekor untuk kami...banyak kali pertama untuk aku di sudan ini. banyak yang belum aku buat, aku buat di sini, banyak yang aku pelajari...dan kali ini aku telah dan baru sahaja untuk pertama kalinya mengoyak badan merpati ini. sebenarnya tak susah pun sebab rangkanya sejibik macam ayam, malahan lebih mudah sebab merpati lagi kecil dan isinya lebih sedap.....

Untuk kali ini, kami hanya goreng merpati ini untuk dimakan...mungkin lain kali merpati akan di salut dengan rempah ratus lain pulak....jumpa lagi